Mesir Sebuah Ardul Kinanah

History Of Islam 0 83

Mesir

KELEBIHAN MESIR OLEH SYEIKH EL-‘URAIFI

Khutbah yang terbaik menghuraikan kelebihan negara Mesir oleh pendakwah Islam, Syeikh Muhammad El-‘Uraifi sehingga dipuji oleh ulamak Mesir termasuk Dr.Umar Abdul Kafi. Khutbah disampaikan di sebuah masjid di negara Saudi. Sesiapa yang faham Bahasa Arab, boleh merujuk sendiri huraian yang terbaik bersandarkan kepada fakta sejarah.

Antara isi kandungan, Syeikh ‘Uraifi berkata;

“Kiswah (kelambu) Kaabah dijahit dan ditenun di Mesir sejak zaman Saidina Umar Al-Khattab r.anhu sehingga lebih 100 tahun.

-Ingat Mesir merupakan pertahanan untuk Palestin,jihad dan mujahidin kerana Salahuddin Al-Ayyubi menetap di sana untuk membebaskan Baitul Maqdis.

-Allah sebut secara jelas nama “Mesir” empat kali dalam ayat Al-Quran dan tidak secara jelas dalam 30 ayat yang lain yang ditafsirkan oleh ulamak yang dimaksudkan ialah “Mesir”.

-Allah tidak sebut nama-nama sungai lain kecuali Sungai Nil iaitu “al-Yamm”.

-Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan membuka Mesir maka berbuat baiklah kepada penduduknya.”

-Kalau anda mahukan ilmu Al-Quran dan tajwid, pergilah ke Mesir. Mesir kaya dengan ilmu Al-Quran, carilah sesiapa ulamak yang fasih Al-Quran, pasti berguru dengan guru Al-Quran dari Mesir walaupun sekadar mengikuti mereka sebagai makmum solat.

-Di Mesir, terdapat tempat “ribat” yang didiami oleh mujahidin untuk pertahankan Islam iaitu di Iskandariah.

-Amru bin Al- ‘As membina masjid pertama dibina di Benua Afrika yang diletakkan kiblatnya tidak kurang oleh 80 orang para sahabat Rasulullah SAW.

-Mesir pernah memimpin dunia Islam selama 265 tahun, iaitu kejatuhan Abbasiyah di Baghdad tahun 656 hijrah sehingga terbina Khilafah Uthmaniyah di Turki tahun 924 hijrah.

-Jumlah para sahabat Rasulullah SAW yang menziarahi, menetap, memerintah, diutuskan dan meninggal dunia di Mesir lebih 350 orang.

-Umar bin Abdul ‘Aziz r.anhu dilahirkan di Mesir.

-Mesir tidak dapat dipisahkan dengan Al-Azhar, sumber ilmu dunia Islam tertua di dunia.

-Mesir terkenal dengan ulamak, fuqaha’ dan solihin. Imam Sa’da bin Laith yang dikebumikan di Mesir, diakui oleh Imam Syafie dengan katanya “Laith lebih alim daripada Malik”. Dua imam besar yang menghasilkan ‘Tafsir Jalalain’, Imam Jalaluddin Al-Mahalli yang kemudian disemprunakan kitab tafsir beliau oleh Imam As-Suyuti. Imam Daqiq Al-‘Eid, imam besar dalam ilmu Hadis, Imam Ibnu Hajar Asqolani, Imam Zakaria Al-Ansori yang berusia lebih 100 tahun dan tidak pernah tinggal qiamullail hingga meninggal dunia, Syeikh Ali As-So’idi Al-‘Adawi dari keturunan Saidina Umar Al-Khattab, Saiyidi Ahmad Ad-Dardir yang dikenali sebagai “Al-Maliki Soghir” selain ramai imam dalam ilmu qiraat seperti Imam Syatibi dan Imam Warasy.

-Juga Mesir tidak terasing dengan wira dan pejuang agama seperti Ibnu Muhammad Sahl yang menegur pemerintah, Khalifah Syiah, Ubaidi yang memerintah Mesir dalam satu tempoh. Ubaidi bertemu Ibnu Muhammad dan bertanya, “Benarkah kamu berkata “Jika aku memiliki 10 panah, 1 aku akan memanah tentera Salib dan 9 lagi aku akan memanah Ubaidi”?

Jawab Ibnu Muhammad, “Tidak benar, aku tidak berkata demikian, tetapi aku berkata, “Jika aku memiliki 10 anak panah, 9 aku akan panah Ubaidi dan 1 yang terakhir pun untuk memanah Ubaidi kerana kamu mengubah agama Islam, mencerca sahabat Rasulullah, menyelewengkan Al-Quran!!”

Lalu Ubaidi marah dan mengarahkan Ibnu Muhammad ditangkap. Beliau kemudian diikat dan diperintahkan seorang Yahudi untuk memotong badan Ibnu Muhammad. Yahud tersebut mengelar dan memotong daging tubuh Ibnu Muhammad seperti dipotong daging kambing hingga meninggal dunia dalam keadaan beliau membaca Al-Quran.

-Kita tidak bercakap sebuah negara biasa tetapi kita bercakap sebuah tempat yang dimuliakan.”

Semoga ALLAH memelihara Mesir, rakyatnya dan mereka yang berada di dalam buminya..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

My Information

Dunia Islam Kini™‎

Website Berita Semasa Seluruh Dunia

Sumber Ilmu Islam Yang Membicarakan Ilmu Akidah, Hukum Fiqh, Manhaj Dakwah, Kisah Motivasi, Sains Islam Dan Berita Isu Semasa Umat Islam Seluruh Dunia.

Find Us On Facebook

Subscribe Us On Google+

Follow Us On Social Media

Subscribe Us On FeedBurner

Contact Info

Dunia Islam Kini ™
+2 (011) 4884 1963
duniaislamkini@gmail.com
http://wanfauzi.com