Mesir Kembali ‘Bergolak’ ?

Berita Dunia 4 47

 mesir

Anda tahu kenapa Mesir kembali ‘bergolak’? Jawapannya kerana Mesir akan menghadapi Pilihanraya Parlimen terdekat. Sebelum ini kerana Perlembagaan dan pungutan suara. 
Saudara dan saudari boleh menjenguk sendiri berapa ‘billion’kah manusia yang menamakan ‘kumpulan menuntut pengunduran pemerintah’ di dataran Tahrir…

 

Antara tuntutan kumpulan penentang utama negara Mesir ialah :

-Pembentukan kerajaan dan kabinet yang baru
-Pemansuhan Perlembagaan
-Pengunduran Peguam Negara Talaat Abdullah

 

Hakikatnya, bukan pergolakkan pun. Ia ‘krisis rekaan’ musuh-musuh Mursi untuk meraih populariti murahan bagi memperoleh simpati rakyat bagi parti mereka. Mereka cuba membayangkan Mursi seperti Mubarak dan perbicaraan mahkamah sebagai zalim seperti yang baru diputuskan dalam kes Port Said 26 Januari lepas.

Walaupun pelbagai inisiatif dan usaha dilakukan oleh banyak pihak bagi mengurang ketegangan dalam negara, tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menilai siapa yang sayang (patriotik) kepada negara dan siapa yang menjahanamkan negara Mesir.

Ikhwan Muslimin yang menjadi bahan momokkan media saban hari kononnya akan menghancurkan negara tetapi pada 22 Januari lepas, mereka bersama-sama beberapa individu kenamaan lain melancarkan kempen “Bersama Membangunkan Negara”. Seperti yang saya petik agenda mereka sebelum ini dalam kempen ini bagi membaikpulih lebih 2,000 sekolah-sekolah milik kerajaan, selain rawatan kesihatan percuma dan aktiviti-aktiviti kebajikan lain yang mampu dimanfaatkan oleh lebih 1 juta rakyat.

Berbeza hal mereka yang menggelarkan diri dengan nama “nukhbah” atau “golongan elit” yang menamakan gerakan mereka sebagai “Barisan Penyelamat Mesir”. Tidak habis-habis menyalakan api persengketaan dalam masyarakat. Walaupun kali ini taktik mereka ‘baling batu sembunyi tangan’ tetapi hakikatnya mereka menjadi dalang di sebalik semua itu.

Lihat apa yang terjadi dua tiga hari kebelakangan. Kekecohan yang dilakukan oleh kumpulan perusuh dan samseng upahan hampir meranapkan tembok pagar pejabat rasmi Presiden Mursi di Istana Ittihadiyah. Bakar dan menconteng pagar dengan perkataan maki hamun kepada Ikhwan Muslimin dan Mursi selain cuba membakar hadapan pintu Masjid Umar bin Abdul Aziz, sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan istana.

Begitu juga keganasan yang didalangi oleh kumpulan “Black Block” yang diisytiharkan kumpulan pengganas oleh Peguam Negara Talaat Abdullah. Beliau mengarahkan pasukan keselamatan untuk menangkap anggota kumpulan tersebut. Akibatnya, Pejabat Peguam Negara juga dikepung dan cuba diserang oleh kumpulan berkenaan. Malang seribu kali malang, media persendirian yang dimiliki oleh bekas orang kanan Mubarak telah mengundang anggota kumpulan tersebut ke studio untuk diwawancara.

Ikhwanonline hari ini mendedahkan kajian yang dilakukan oleh stesen siaran BBC yang beroperasi di Britain bahawa 82 peratus responden dari kalangan warga Mesir yang ditemui menyifatkan “Barisan Penyelamat Mesir” sebagai barisan perosak dan menjahanamkan negara.

Rakyat terus muak dan jelek dengan perminan kotor dan ganas mereka. Yang hairan, setiap kali ‘tangan untuk berunding dan dialog’ dihulurkan mereka menolak.

Walau apapun, percayalah, suhu kepanasan politik Mesir kembali panas hanya kerana beberapa bulan terdekat, rakyat Mesir akan keluar mengundi sekali lagi dalam Pilihanraya Dewan Rakyat. Semuanya kerana gimik politik.Rakyat Mesir akan membakul sampahkan mereka sekali lagi selepas mereka menerima ‘pukulan maut’ dalam referendum perlembagaan baru yang lalu.

 

SUMBER :
Ustaz Abdul Malik
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

4 Comments

  1. Suri 15 February 2013 at 3:20 AM -  Reply

    salam
    manusia akn sentiasa bergolak hingga sanggup pemggadaikan nywa sklipun
    Suri recently posted…Di Bawah LangitMuMy Profile

  2. papa mifz 15 February 2013 at 12:47 PM -  Reply

    semoga negara kita Malaysia tidak bergolak seperti negara2 Arab yang lain…
    papa mifz recently posted…Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  3. TehR 16 February 2013 at 8:03 PM -  Reply

    musuh islam sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan perpaduan dan kebangkitan islam
    moga2 mesir kembali aman
    TehR recently posted…Pantun Titisan AirMy Profile

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

My Information

Dunia Islam Kini™‎

Website Berita Semasa Seluruh Dunia

Sumber Ilmu Islam Yang Membicarakan Ilmu Akidah, Hukum Fiqh, Manhaj Dakwah, Kisah Motivasi, Sains Islam Dan Berita Isu Semasa Umat Islam Seluruh Dunia.

Find Us On Facebook

Subscribe Us On Google+

Follow Us On Social Media

Subscribe Us On FeedBurner

Contact Info

Dunia Islam Kini ™
+2 (011) 4884 1963
duniaislamkini@gmail.com
http://wanfauzi.com